Restoran Anjung Selatan

Restoran Anjung Selatan

Restauran Anjung Selatan Bandar Baru Uda terletak di No 11 & 15 Jalan Padi Emas 1/8 (Bandar Baru Uda) 81200 Johor Bahru, Johor.

Restoran ini menyajikan makanan tengahari dengan pelbagai lauk pauk yang sangat menyelerakan. Antara menu yang menjadi tarikan di restoran ini ialah Ikan Patin Buah Masak Tempoyak, Daging dan Itik Salai, Siput sedut masak lemak, udang goreng nestum, Ikan bakar dan sebagainya.

Walaubagaimanapun jika anda berhasrat untuk makan tengahari disini, pastikan anda datang awal kerana lauk pauk yang disediakan disini cepat habis. Pastikan datang seawal jam 11 pagi bagi mengelakkan kesesakkan.

Selain makanan yang menyelerakan, kawasan ini juga mempunyai kawasan parking di bahagian hadapan dan belakang kedai.

Kemudahan seperti kerusi kanak-kanak dan tandas yang bersih melengkapkan lagi Restoran ini.

>> View Listing <<